Wednesday, August 29, 2007

Kita Perlu Memilih Makanan Sihat.


Pengguna pada hari ini semakin ramai memilih makanan yang produk - produk bercirikan semula jadi, organik dan pengamalan makanan sihat, kerana pengguna pada masa ini yang lebih mementingkan kesihatan.

Berita NST baru - baru ini telah melaporkan bahawa penduduk negara kita banyak yang telah mengidap pelbagai jenis penyakit yang merbahaya. Dilaporkan oleh NST 7 daripada 10 orang dewasa mengidap penyakit kencing manis, darah tinggi dan juga kanser. Kesemua penyakit-penyakit ini banyak yang membawa maut dan juga memerlukan kos rawatan yang tinggi.

Baru - baru ini juga NST telah melaporkan sebahagian sayuran yang dijual dipasar selayang banyak mengandungi sisa racun rumpai yang merbahaya. Kebanyakan penyakit NCD ini sebenarnya boleh dicegah dengan pengambilan makanan sihat ataupun makanan secara sihat dan juga mengamalkan senaman yang rutin.

Amalan makanan yang sihat ini dapat dibantu dengan penggunaan minyak kelapa dara dalam makanan harian kita. Minyak kelapa dara perlu diperluaskan penggunaannya. Ia perlu digunakan dalam masakan kita seperti dalam proses penggorengan makanan.

Kebaikan minyak kelapa dara ialah ia tidak mengandungi kolestrol dan juga tidak mengandungi asid lemak trans. Asid lemak trans inilah sebenarnya penyebab utama penyakit jantung kerana kehadiran asid lemak trans ini akan meningkatkan tahap kolestrol yang tidak baik (LDL) serta mengurangkan tahap kolestrol baik (HDL).

Lemak trans terhasil daripada proses penghidrogenan iaitu proses penambahan hidrogen kepada lemak tidak tepu. Proses penghidrogenan merupakan proses untuk menjadikan minyak sayuran tidak tepu seperti minyak soya, minyak kelapa sawit, diubah secara kimia menjadi lemak yang tepu.

Minyak sayuran tidak tepu perlu melalui proses penghidrogenan untuk menjadi minyak tepu, supaya minyak ini lebih stabil ataupun dengan kata lain ianya tidak mudah rosak ataupun tengik dan dengan ini ia boleh disimpan lama. Lemak trans merupakan lemak yang tiruan yang tidak diperlukan oleh badan kita.

Minyak kelapa dara pada semula jadinya sememang adalah merupakan minyak tepu. Oleh itu minyak kelapa dara tidak perlu menjalani proses penghidrogenan, dengan ini ia tidak mengandungi lemak trans.

Minyak kelapa dara juga amat stabil kepada apabila dipanaskan. Oleh itu penggunaan minyak kelapa dara sebagi minyak pengoreng bahan makanan amat baik dan minyak ini boleh digunakan untuk penggorengan berkali - kali. Mulakanlah penggorengan makanan anda menggunakan minyak kelapa dara bagi menjamin kesihatan anak -anak kita pada masa hadapan.

Minyak Kelapa Dara Mengandungi 50% Asid Laurik

Minyak Kelapa Dara amat kaya dengan asid laurik. Asid laurik merupakan satu komponen utama susu ibu. Asid Laurik merupakan komponen utama asid lemak tepu yang terdapat dalam minyak kelapa dara. Asid laurik dapat menguatkan sistem imun badan.

Asid Laurik dapat membunuh dan menghapuskan pelbagai jenis mikroorganisma dan juga virus yang merbahaya kepada badan hinggakan asid laurik dikenali sebagaa agen antimikrobial dan antivirus. Ini bermakna Minyak Kelapa Dara yang kaya dengan asid laurik ini boleh diminum untuk membantu menghapuskan pelbagai mikrob dan virus yang menjangkiti badan.

Asid Laurik yang banyak manafaat ini hanya terkandung dalam Minyak Kelapa Dara sahaja dengan kandungan purata sebanyak 50 % dan tidak terdapat dalam minyak sayuran yang lain. Oleh itu amalan memakan Minyak Kelapa Dara 2 sudu besar atau ( 2 tablespoon) setiap hari, akan dapat membantu meningkatkan sistem pertahanan badan kepada penyakit. Dengan kata lain, kita dapat mengelakan daripada mudah terkena selsema dan lain - lain penyakit.

Jika terdapat kulit yang kering, luka, kudis, panau, kurap dan pelbagai penyakit kulit yang lain, cubalah sapu minyak kelapa dara ini dan diyakini dapat menyebuhkan pelbagai penyakit kulit berkenaan.

Ini merupakan penawar semula yang tidak mempunyai kesan sampingan.
Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle
Google

Revellnetwork Malaysia Jana Pendapatan Lumayan Disini!!