
Minyak kelapa dara merupakan minyak yang dihasilkan daripada buah kelapa yang matang. Penghasilan minyak kelapa adalah tidak sama dengan penghasilan minyak kelapa biasa. Minyak kelapa biasa dihasilkan daripada kelapa kering ataupun kopra dan warnanya adalah kekuningan.
Minyak kelapa dara pula berwarna putih. Mungkin disebabkan warna minyak kelapa dara putih dan jernih serta mempunyai bau yang harum menyebabkan ia mendapat nama'Minyak Kelapa Dara'
Minyak kelapa dara adalah baik untuk kesihatan kita. Khasiatnya dipercayai menyamai kandungan susu. Terdapat pelbagai kajian saintifik yang telah dijalankan oleh pelbagai universiti diluar negara yang telah membuktikan bahawa khasiat minyak kelapa dara yang memulihkan pelbagai masaalah kesihatan. Antara khasiat minyak kelapa dara adalah ia dapat mengurangkan risiko penyakit barah, jantung, penyakit sendi tulang, asma dan juga kencing manis.
Minyak kelapa dara juga dapat menstabilkan tahap kolestrol darah. Satu keajaiban minyak kelapa dara ialah walaupun ia adalah sejenis minyak, ia sebenarnya tidak mengandungi kolestrol!.
Minyak kelapa dara juga dapat menyebuhkan dan memulihkan tisu-tisu kulit yang rosak. Amalkan memakan minyak kelapa dara 3 sudu makan setiap hari. Pasti anda akan lihat perbezaanya.