Sunday, October 21, 2007

Penghasilan Minyak Kelapa Dara

Minyak kelapa dara dihasilkan daripada santan kelapa. Tidak seperti minyak kelapa, minyak kelapa dara tidak dimasak terus menggunakan api ataupun haba. Proses penghasilan minyak kelapa adalah amat mudah. Ini dapat kita lakukan dirumah kita dimana santan kelapa yang diperolehi daripada kelapa yang matang dimasak didalam periuk dengan api yang perlahan sehingga kesemuanya menjadi minyak yang berwarna kuning. Minyak ini jika dizaman nenek kita, pada kebiasaannya dikenali sebagai minyak tanak dan sentiasa digunakan sebagai minyak rambut, minyak selusuh dan juga minyak urut.

Minyak kelapa dara pula diproses daripada santan kelapa tanpa memasak santan secara terus. Teknik menghasilkan minyak kelapa dara agak rumit sedikit. Terdapat 3 cara menghasilkan minyak kelapa dara iaitu melalui teknik emparan, inokulum mikrobiologi dan juga pengeringan serta perahan.

Kesemua teknik ini memerlukan peralatan yang khusus serta teknologi dan juga pelbagai peralatan yang agak mahal harganya. Konsep yang dipakai dalam menghasilkan minyak kelapa dara dalam ketiga - tiga cara diatas adalah untuk mengasingkan minyak yang terkandung dalam santan daripada air.
Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle
Google

Revellnetwork Malaysia Jana Pendapatan Lumayan Disini!!