Thursday, November 8, 2007

Teknik Mudah Menghasilkan Minyak Kelapa Dara

Teknik paling mudah untuk menghasilkan minyak kelapa dara adalah memarut isi kelapa yang telah matang. Isi kelapa yang telah matang diparut putih (tanpa kulit arinya) dan kelapa parut yang diperolehi kemudian di jemur untuk mengeringkan air yang terdapat didalam kelapa parut tersebut. Setelah itu kelapa parut yang 80% kering ini diperah menggunakan alat pemerah seperti 'skrewpress' ataupun apa jua alat yang boleh memerah. Pada masa pemerahan inilah minyak yang berwarna jernih akan keluar.

Minyak yang jernih ini kemudian ditapis samada menggunakan tapisan kain ataupun tapisan yang lain untuk membuang sebarang habuk ataupun tinggalan yang wujud didalam minyak berkenaan. Minyak yang jernih ini kemudian dipanaskan menggunakan kaedah 'double boiler'. Kaedah pemanasan cara ini adalah minyak dimasukan kedalam bekas yang sesuai kemudian satu bekas atau periuk diisikan dengan air. Air didalam periuk ini dipanaskan hingga mendidih dan kemudian bekas yang mengandungi minyak kelapa dara itu dimasukan kedalam bekas mengandungi air dan minyak ini dipanaskan (tidak sampai mendidih)selama 20 minit. 

Kaedah pemanas ini menjadikan minyak kelapa dara tidak dipanaskan terus dengan api tetapi pemanasan dijalankan oleh air yang mendidih. Tujuan pemanasan ini bertujuan untuk memastikan bahawa minyak kelapa dara tahan lama atau kaedah sainsnya dipanggil minyak dipasteurkan. Pemanasan ini akan membunuh kulat ataupun kuman yang ada dalam minyak. Minyak kemudian boleh dibolehkan dan dijual kepada pasaran.
Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle
Google

Revellnetwork Malaysia Jana Pendapatan Lumayan Disini!!