Minyak kelapa dara boleh juga dihasilkan dengan menggunakan sejenis mikrob. Santan yang telah diperah daripada kelapa matang di kultur dengan mikrob ini. Mikrob ini akan menjadikan santan bergumpalan yang berasingan daripada air.
Gumpalan ini akan diambil dan diperah dan ditapis untuk menghasilkan minyak kelapa dara. Ini merupakan kaedah asas dalam menghasilkan minyak kelapa dara. Pada keseluruhannya minyak kelapa dara dihasilkan tanpa mengunakan pemanasan yang langsung. Iannya tak sama dengan menghasilkan minyak kelapa. Minyak kelapa dihasilkan dengan memasak santan ataupun dengan memerah kelapa kering ataupun kopra.
Walauapa cara pun kaedah penghasilan minyak kelapa dara, khasiat serta kandungannya adalah hampir sama kerana ia tidak mengandungi kolestrol bahkan ianya kaya dengan khasiat antimikrob dan antiviral ( boleh bunuh kuman dan virus) secara semula jadi. Apa yang perlu adalah amalkan memakan minyak kelapa dara ini 3 sudu makan (tablespoon) setiap hari.
Sunday, November 25, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment