Saturday, September 8, 2007

Minyak Kelapa Dara Perlindungan Organik Terbaik

Pencegahan lebih baik daripada pengubatan dan Minyak Kelapa Dara merupakan pencegah penyakit yang terbaik pada masa ini. Makanan semulajadi dan tulen serta organik yang memberikan khasiat serta perlindungan semakin mendapat permintaan di dunia pada masa ini.

Sehingga kini istilah "Nutraceutical" telah diperkenalkan. Nutraseutikal bermakna makanan berkhasiat serta berupaya memgubati kesihatan manusia.

"Nutraceutical is a portmanteau of "nutrition" and "pharmaceutical" and refers to foods claimed to have a medicinal effect on human health. Such foods are also called functional foods. It can also refer to individual chemicals present in common foods. Many such nutraceuticals are phytonutrients.The name was coined by Dr. Stephen Defelice in 1989." (petikan dari Wikipedia).

Minyak Kelapa Dara boleh diklaskan didalam makanan nutraceutical ini. Ia berupaya mengubati dan mencegah pelbagai penyakit. Oleh sebab bercirikan nutraceutical ini, makanan organik telah banyak mendapat tempat dipasaran pengguna pada hari ini.

Hasil penjualan makanan organik semula jadi ini sudah melebihi US$25 billion, dan antara pasaran yang terbesar adalah Amerika Syarikat, Jerman dan Great Britain. Pasaran makanan organik ini diunjurkan akan berkembang pesat sehingga US$32.2 billion menjelang tahun 2009.

Jika kita lihat masyarakat barat telah beralih kepada penyembuhan organik, kenapa pula kita masih lagi bergantung kepada sumber bahan kimia ubat ?. Minyak Kelapa Dara merupakan pilihan yang tepat untuk kita semua kerana ia merupakan bahan yang sebenarnya telah lama digunapakai dengan selamat dinegara -negara asia.

Kelebihan Minyak Kelapa Dara yang dapat di lihat dan di rasai oleh kita sendiri yang mencuba menggunakannya. Yakinlah bahawa minyak ini semakin mendapat tempat pada pengguna hari ini disebabkan khasiatnya yang dapat menggubati serta mencegah pelbagai penyakit pada masa kini.

No comments:

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle
Google

Revellnetwork Malaysia Jana Pendapatan Lumayan Disini!!