Sunday, October 5, 2008

Minyak Kelapa Dara Daripada Santan

Minyak kelapa dara juga boleh diperolehi daripada santan kelapa. Teknik ini amat mudah dan dimaklumkan mampu menghasilkan minyak kelapa dara yang penuh berkhasiat kerana minyak kelapa dara yang dihasilkan daripada santan ini, tidak menggunakan haba yang tinggi ataupun proses pemanasan.

Penghasilan minyak kelapa dara melalui santan bermula dengan pemlihan kelapa yang cukup matang serta berkualiti dan tidak bertombong. Kelapa yang matang ini dibelah dan dibuang kulit arinya yang bewarna hitam bagi menghasilkan minyak kelapa dara yang baik. Isi kelapa ini kemudian diparut putih, untuk menghasilkan kelapa parut tanpa warna hitam ataupun kulit ari ini. Minyak kelapa dara yang diperolehi daripada isi kelapa yang mengandungi kulit ari akan bewarna kekuningan dan tidak jernih. Oleh itu untuk hasilkan minyak kelapa dara yang jernih,kulit ari ini perlu dibuang.

Kelapa parut kemudian diperah, tanpa menggunakan air dari luar untuk menghasilkan santan atau dikenali juga sebagai 'kepala santan' bagi menghasilkan minyak kelapa dara yang bermutu tinggi. Santan ini kemudian ditapis untuk membuang segala kotoran. Santan kemudian disejukkan dengan sambil dikacau. Proses penyejukan santan ini akan membekukan lemak atau minyak dalam santan, sehingga ia menjadi gumpalan minyak. Air berlebihan kemudian dibuang atau diasingkan, dan gumpalan lemak santan ini diambil kemudian dipanaskan sedikit menggunakan air suam untuk mencairkan menjadi cecair atau minyak kelapa dara. Minyak kelapa dara yang terbentuk kemudian dimasukkan kedalam botol dan boleh terus digunakan.

Saturday, May 17, 2008

Minyak Kelapa Dara Secara Perahan.

Minyak kelapa dara juga boleh dihasilkan dengan teknik perahan. Kelapa diparut kemudian parutan ini dikeringkan samada secara mekanikal ataupun dijemur ditengah panas. Setelah kering kelapa parut ini diperah sehingga keluar minyaknya dan ini dikenali dengan minyak kelapa dara.
Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle
Google

Revellnetwork Malaysia Jana Pendapatan Lumayan Disini!!